bagaimana mendapat keberkatan ?
Monday, June 11, 2012 | 6/11/2012 08:37:00 PM | 0 Babbling Minds
Mungkin jarang antara kita yang
tidak tahu tips-tips belajar daripada 'salafus
soleh' terdahulu.
Semua tahu bukan apa itu berkat?
Sesuatu yang tidak boleh dilihat, tetapi
dengan berkat itu, kita boleh berasa tenang dan bahagia sentiasa walaupun
separuh dunia berada di bahu kita.
TIPS
BELAJAR
1)
Sebelum belajar, niat bahawa aku belajar ini kerana Allah S.W.T.
Setiap kali mahu keluar bilik untuk pergi
kuliah, sentiasa ingatkan diri, aku menuntut ilmu ni kerana Allah S.W.T. Banyak
kelebihan bagi orang yang menuntut ilmu.
Jangan rasa tertekan jika kelas bermula
seawal jam lapan pagi dan habisnya pula dalam pukul lima petang. Tetapi fikir bahawa
sepanjang proses menuntut ilmu ini, Malaikat akan sentiasa mendoakan kita.
Jadi, kita tidak akan rasa terlalu tertekan jika kelas itu tersangatlah lama.
2)
Disiplinkan diri.
Setiap kali mahu study,
mesti baca satu muka surat al-Quran sebelum bermula waktu study itu. Jadi, pasti kita tidak tinggalkan
al-Quran walau sesibuk mana pun kita. Ustazah ada cerita satu kisah yang sangat
memberi inspirasi.
Ada seorang budak perempuan di Arab Saudi
yang mayatnya tidak hancur, walaupun sudah lebih dua tahun dia meninggal dunia.
Ramai yang pelik kerana budak itu masih kecil, dalam umur 15 tahun. Jadi, ada
yang pergi pada kedua ibu bapa budak itu dan bertanya, apakah amalan budak
perempuan ini.
Ibunya menjawab, saya tidak tahu apa yang
istimewa anak saya lakukan, cuma saya tahu dia sangat menjaga al-Quran. Setiap
kali sebelum belajar, dia pasti akan baca satu muka surat ayat-ayat al-Quran,
memang tidak pernah tinggal. Jadi, budak sekecil ini pun boleh baca satu muka
surat setiap kali sebelum belajar, kita yang besar panjang ini mustahil tidak
mampu bukan? Orang yang hebat tidak akan memberi alasan, tetapi dia sentiasa
cari jalan.
3)
Kembalikan caj-caj positif dalam diri supaya tiada ruang untuk Syaitan
menghalang kita menuntut ilmu.
Apaila kita rasa tertekan kerana berkali-kali sudah membaca topik
tersebut, tetapi tetap tidak faham, dan akhirnya, kita rasaputus asa dan terus
tutup buku. Dan yang lebih bahaya, mind
setting akan
mengatakan topik ini sangat susah dan tidak menarik. Akhirnya, kita tinggalkan
terus topik itu hingga akhirnya kelam kabut waktu menjelang peperiksaan.
Jadi, apa kata kita cuba tips daripada 'salafus soleh' terdahulu. Apabila ada sesuatu yang
menghalang fokus, mereka pergi perbaharui wudhuk dan solat sunat dua
rakaat.Jika kita seperti ini, sekurang-kurangnya dapat perbaharui wudhuk sudah
memadai.
4)
Utamakan seruan Allah S.W.T.
Part paling penting! Apabila sedang khusyuk study, tiba-tiba
azan berkumandang. Berhentilah sebentar untuk menyahut seruan Allah S.W.T.
Tidak lama pun solat ini. Jadikan ia sebagai terapi diri selepas penat belajar.
Imam Ghazali ada mengatakan bahawa:
"Orang
yang menyahut seruan azan dengan serta merta meninggalkan segala urusan untuk
menunaikan solat berjema'ah, di akhirat kelak, dia akan dijemput oleh Allah
S.W.T dengan penuh lemah-lembut dan menjadi tetamu-Nya."
Jadi, setiap kali rasa berat punggung mahu berhenti study untuk solat, ingat kembal, jika aku
mahu dijemput oleh Allah S.W.T di Akhirat kelak, aku perlu utamakan solat
dahulu daripada kerja lain. Mana kita tahu bukan, kita lagi rasa mudahapabila
belajar selepas selesai solat itu. Inilah namanya berkat. Apabila kita utamakan
Allah S.W.T daripada benda lain.
5)
Jangan lupa membaca doa dan ambillah wudhuk sebelum mula belajar.
Doa mohon Allah S.W.T memberi kekuatan dalam menuntut ilmu. Apabila kita ada wudhuk ini, kita akan sentiasa ingat bahawa belajar ini adalah satu ibadah yang sangat dituntut dalam Islam dan memudahkan lagi untuk kita terus solat jika sedang belajar, tiba-tiba azan. Kita tidak tahu dengan wudhuk itu, kita belajar lebih berkat.
.............................................................
Kesimpulannya, selamat beramal. Cubalah praktis tips belajar ini,
matlamat kita bukanlah cemerlang dalam belajar semata, tetapi kita juga mahu
keberkatan daripada Allah S.W.T.Ihfazillah
yahfazka, ihfazillah tajidhu tijaahak (Jagalah Allah, nescaya Allah menjagamu).
Jadilah seperti Rasulullah S.A.W dan para
sahabat yang hidupnya seimbang dunia akhirat, walaupun sibuk di medan perang
dan sibuk mentadbir negara. Mereka lagi sibuk daripada kita, tetapi masih ada
waktu untuk bangun tahajjud dan membaca al-Quran.
Buat pemburu dunia, jangan pula kita
memberi alasan, mereka tidak sama macam kita, Iman mereka mantap kerana
Rasulullah S.A.W ada di sisi. Kita tidak sehebat mereka. Andai itulah pemikiran
kita, percayalah, selamanya kita akan menunduk ke bawah tanpa mendongak langit
yang cerah di atas.