budak tekun membaca
..you took my heart away..
even heart has boundaries
..<3 <3 <3 my lungly luply lovely lover <3 <3 <3..

aq belajar sesuatu
Saturday, December 1, 2012 | 12/01/2012 05:13:00 PM | 0 Babbling Minds
 ﺑِﺴْــــــــــــــــــﻢِ ﺍﷲِﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍﺍﺭَّﺣِﻴﻢ


hari ini , terbit tanggal 1 Disember.. saat ia akan pergi jauh.. dan ini bukan satu jaringan mimpi.. tetapi realiti yang kini sudah begitu terjadi pasti
namun kini , aq belajar.. bahawa persahabatan sejati pasti akan sentiasa bertumbuh..
 walau dipisahkan oleh jarak yang jauh.. :'(

saat menempuh onak duri dunia , mgkin ad kalanya , kesedihan itu terus giat memanjat manjat di dasar hati.. lantaran , akan ad dugaan yg memedihkan dan mengusik ketenangan jiwa .. :'(

 terima kasih yang tidak bertepian aq dedikasikan kepada dirimu kerna telah memberikan aq semangat dalam tempoh seminggu pembuka tirai stpm ku ,.
kini , akan ku tempuhi ranjau perjalanan dalam meniti baki dua minggu stpm ini dengan  pesanan abadi yang engkau bekalkan dahulu  yg namun masih segar di benak fikiranku..- "engat pada Allah , family dan stpm"..  dan perlu kau tahu bahawa tidak akan ku lupa pesanan mu ini sepanjang hayatku .

namun , sabtu itu telah menjadi pencetus klimaks kesedihan dalam dewan diriku..
dalam mengejar derasnya air mata menahan kepedihan itu ,  ia seakan akan sentiasa bersedia meronta ronta mahu menitis berjuraian agar tidak terus dan terus berombak di kolam hati.. saat itu mungkin takrifan sabar tidak kukenali lagi.. walaupun dalam sesaat sekelumit rasa.. :'(

dan.. dalam terharu.. tiap kali aq memikirkannya.. air mata tertumpah jua..
tiap kali aq memikirkannya dalam sayup sayup kehibaan.. akan mengalir deraslah ia mengeringkan derita yang menimpa.. aq terus berkejar meluru ke bilik air untuk cuba melawan derasan air mata itu dengan aliran air paip di sinki . biarlah air daripada paip itu melawan untuk menghapuskan air mata aq itu . kemudian.. akan ad ketenangan yang mula menyusup perlahan membalut lara..  hmm acap kali aq memujuk diriku.. dalam pada menanggung kesedihan ini , aq menjadikan lagu "cerita hati'  sebagai pengubat dasar hati .

izinkan aq menyingkap kembali , keyakinan yang diberikan dahulu seakan akan tumbuh daripada sokongan dan kesedaran yang diberikan.. hasilnya , wajah mula tenang dan senyuman akan mudah terbentuk..
tapi.. itu dahulu.. :'(

aq tahu.. betapa pahit dan sengsaranya takrifan "tersenyum dalam luka".. seperti tajuk lagu di blog ini.. hmm izinkan aq menyelami maksud lirik yang dibawa.. - "kita tersenyum dalam luka.. menangis dlm tawa.. melewati semua.. tak kan ku sesali semua yang terjadi. terlukis di hati.." lirik ni sungguh bermakna dan sunguh bermakna buat diriku .

kadang kadang , ikhlas untuk aq katakan..
aq tersentuh dengan kata katanya.. dan aq tersentuh dgn sikapnya..
ya , kerna kata dan sikapnya kerap kali mengingatkan daku pada Maha Esa..
aq pernah mengungkapkan bahawa aq bersyukur dengan kehadirannya , dan dia juga ad berkata perkara yang sama. - saat bahagia yang dapat ku rasa . sungguh Ya Allah , terima kasih Ya Allah , kerana-Mu , aq dapat bersahabat dengannya.. dan aq mohon Ya Allah , berkatilah hidupnya.. tetapkanlah ukhwah ini.. moga kekal hingga ke syurga abadi..

moga dia bahagia .
dia bahagia , aq bahagia..
berukhwah kerna Allah , bertemu tak jemu , berjauhan rasa rindu.. moga Allah redha..

bnyak yang aq dapat pelajari dalam masa seminggu ini .
aq berpesan pada diriku , yakinlah , Allah tahu segala yang terbaik untuk kita . apapun semoga kita cukup cubaan dan dugaan untuk mnjadikn kita kuat mghadapi cabaran .

izinkan aq untuk berkongsi quote ini ;
(menjadi peringatan buat diriku)
"sometimes , Allah does'nt change your situation because He is trying to change your heart"

namun , andai suatu hari nanti , memang bukan diriku bertemu denganmu , engkau bahagia , aq juga turut bahagia . engat itu sahaja . dan aq harap engkau jadikanlah entry ini sekadar contengan .
dan sebelum itu , ingin ku katakan , terima kasih , kawan :)
moga terus berkawan.. :)

maaf . maaf . maaf . dan maaf lagi .
memetik bait bait novel "Warkah Cinta Berbau Syurga" - "biar berpiah di dunia , jangan terpisah di syurga"

Duhai syabab pujaan hati , maafkan daku mencintaimu , namun segalanya daku serah pada-Nya , Pencipta rasa Cinta ini..

sebelum aq mengundur diri , ingin aq berkongsikan madah pujangga di bawah ini .
"apabila belakunya musibah , hadapilah dgn tabah dan pasrah , ambillah daripadanya segala 'ibrah (pengajaran) , jadikanlah ianya sebagai khibrah (pengalaman) , buat bekalan menempuh hayah (kehidupan) , agar selamat dunia dan akhirah"

5 november 2012 

kini , aq belajar sesuatu ,
"kalau kita sayangkn seseorang itu , pastikan kita berusaha supaya dapat selamatkan seseorang itu daripada azab api neraka dan mampu ke syurga"

insya allah .
moga Allah sayang . moga Allah redha .
jaga diri baek baek .

. chemonk .

paper stpm aq akan tamat pada tanggal 12 disember.. rabu..
aq berharap akan terukir secangkir senyuman pada hari tersebut dengan ayt "kroh kroh kroh"
"...nanti aku hantar kaki lembu . sekarang studi dulu . ciao . salam "



Labels:


Older Post | Newer Post
The Webmaster

Mira Salleh


Ada nama yang baik...tapi tak punya sikap seindah nama yang baik...tak pernah berbahagia dengan kenyataan itu...terus belajar dengan kehidupan...ada waktu DIA memberi , maka akan ada waktu diambil-Nya kembali...being thankful for everyone who supports her to be a better person in life...sharing her precious moments and thoughts...her life is greatly colored by family and friends...a blog as a token of appreciation for everyone who lives in her world..

Navigations

Entries About Links

Tagboard



Powered by ShoutJax