budak tekun membaca
..you took my heart away..
even heart has boundaries
..<3 <3 <3 my lungly luply lovely lover <3 <3 <3..

she can read my mind
Tuesday, February 26, 2013 | 2/26/2013 01:45:00 AM | 0 Babbling Minds

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

she can read my mind . thnks balqis :)


"sometimes u just have to let go of what's gone , u have to appreciate what's still remains , n always look forward for what's coming next"

"kite kena pergi ke hadapan" - Balqis .

itu antara maksud nasihat yang balqis berikan kepadaku . :)

lps maghrib tadi balqis ad bg mcj kat phone
"mira , nnti bukak fb ye , ade something special . hehe"- Balqis

seusai membuka akaun facebook , 
wah ! balqis buad entry tentang diriku entitled "1 hari bersama dia" :) 
terima kaseh bnyak2 tau balqis.. mira teruja sgt3 ! hehe .
mira terharu sgt tau tyme bace entry tu :)

SILA KLIK LINK DI BAWAH  INI UNTUK MEMBACA ENTRY YANG PENUH BERMAKNA    TERSEBUT . hehe 
http://cintapenaku.blogspot.com/2013/02/1-hari-bersama-dia.html

ok , kali ni , balqis bace lak entry daripada mira ye ! hehe .
specially dedicated to you , Balqis binti Kamarudin :)

***************************
assalamualaikum

dalam entry post kali ini , aq ingin berkongsikan mengenai seseorang yang sangat bermakna buad diriku . dalam entry ini juga , akan ku gunakan kata ganti diri "beliau" sbg tanda aq sangat sangat sangat dan sangat respect kepadanya :)

seusai hampir tujuh tahun kami tidak bersua dan tidak berhubung antara satu sama laen , tetapi alhamdulillah syukur Ya Allah , kami dipertemukan semula di laman facebook sebulan yang lalu . segalanya bermula apabila aq terlihat sekilas komen di wall facebook amalina azis . terlihat sahaja nama "Balqis Kamarudin" turut terserta di situ , sudah berkaca dasar hatiku . lantas dengan sekilasnya , aq terus menambah beliau sbg rakan facebook ku :)

gelombang rindu sahabat lama kian terubat .

hari ini , 25 februari , kami menghabiskan masa seharian bersama . akan ku abadikan kenangan terindah ini . bnyak yang kami bualkan dari pagi hingga ke petang . tidak ku sangka , dalam pada  tempoh tujuh tahun ini , rupa rupanya kami mempunyai satu persamaan yang memang aq sendiri tidak duga . ya , sungguh ku tidak menjangka . episod perjalanan hidup ini sungguh bermakna , sesungguhnya setiap sesuatu yang berlaku itu pasti ada hikmahnya yang tersendiri kan balqis :)

beliau bersekolah di sk simpang lima dan aq pula bersekolah di sk sg hj dorani . dan persahabatan kami terjalin kerna bersekolah di sebuah sekolah agama yang sama , yakni SRA sg hj dorani . sepanjang 6 tahun kami di sana , kami memang dikenali sbg rakan yang sgt akrab . beliau juga  merupakan rakan lumba dalam pelajaran . hehe . setiap kali peperiksaan , kami akan berebut untuk menduduki tempat pertama di dalam kelas . setiap tahun , sekolah kami akan mengadakan amal islami , dan kebiasannya kami akan mengambil acara yang sama , walaupun berlainan rumah . tamsilnya , terdapat dalam satu satu tahun itu kami mengambil acara hafazan (darjah 4 kalau tak salah) , dan acara kuiz (darjah 3) .

kami juga ada sama sama ada mewakili sekolah dalam acara kuiz bahasa arab . hehe . beliau merupakan seorang yang sangat pandai dalam bahasa arab , tetapi bahasa arab aq pula , biase2 aje . hehe . hmm , petang tadi , beliau juga  ada mengatakan bahwa beliau ingin menyambung study dalam jurusan bahasa arab .  semoga impiannya tercapai . ameen :)

selepas tamat zaman persekolahan sekolah rendah , kami meneruskan jihad belajar . sejak itu , kami mula terputus hubungan . pilu dan hiba . pada tika itu , apa yang ku tahu hanyalah , beliau menyambung pelajaran di sebuah sekolah SBP ternama .

sepanjang tempoh sehingga tujuh tahun ini , pernah satu ketika aq terjumpa akaun facebook beliau , lalu kami menjadi friend di fb . namun , tidak beberapa lama kemudian , beliau mula menyepi kerna sudah lama tidak ku nampak beliau memunculkan diri di facebook , firasat aq tika itu hanyalah memikirkan barangkali beliau ingin memberi sepenuh tumpuan dalam pelajaran , disebabkan itulah beliau tidak aktif di fb - itu firasat aq .

petang tadi beliau ada menceritakan bahawa akaun facebook beliau ada sedikit masalah , digodam barangkali . disebabkan itulah beliau menutup akaun fb itu dan tidak beberapa lama kemudian , beliau membuat facebook baru . :)

beliau merupakan seorang sahabat yang sgt aq respect ! :)
beliau merupakan seorang yang pandai berdikari.. peramah.. pandai dalam pelajaran..rajen..tabah.. dan sangat cekal hatinya . alis wajahnya tidak berubah seperti dahulu . sikap lemah lembutnya.. kerajinannya dalam melakukan sesautu perkara membuatkan diriku berganda ganda respect kepadanya . jujur serius ikhlas , beliau merupakan seorang yang sangat rajen ! kecekapan dan keramahannya melayan pelanggan juga membuatkan beliau sangat disenangi oleh ramai orang . secangkir senyumannya tidak pernah lekang dan  senantiasa terukir . riak wajahnya juga sentiasa jernih . sungguh tenang hatinya . sepanjang hari ini , beliau sering menitipkan kata kata semangat dan nasihat kepadaku . katanya , semua yang berlalu selama ini tidak pernah sesekali beliau menyesal, kerna baginya , semua itu mengajarnya erti kehidupan yang sebenar . pengalaman yang tidak ternilai dalam meniti ranjau kehidupan .


bnyak yang dapat kami bualkan spanjang hari ini . rasa tempoh yang berlalu harini merupakan hari yang terindah dalam hidupku . tepat jam 6.30pm , diriku beransur pulang . kami bersalaman dan mengucapkan selamat tinggal . kami harap dapat berjumpa lagi seusai tika ini .

"about me" di bawah ini ku copy paste daripada blog beliau . hehe .

about me

~..MAWAR BERDURI..~
"Aku cinta kpd org2 soleh, Walaupun aku bukan dr kalangan mereka, Smoga dgn kasih ku kpd mereka, Aku akan mndapat syafaat mreka d akhirat kelak, Aku benci kpd mereka yg jadikan maksiat khidupannya, Walaupun aku & mrk sama, Dlm maksiat & dosa, Aku cinta pdMu Ya Allah, Mengakui keesaan & keagunganMu, Namun diriku tlalu keras utk mntaatimu, Ampunilah dosaku Ya Allah.. Engkau Maha Pengampun lg Maha Penyayang...AMIN..."
itulah beliau yang ku maksudkan :)

trime kaseh balqis ! trime kaseh untuk segalanya ! sayang balqis kerana Allah . ukhwah fillah . izinkan diriku untuk menjadikan kecekalan dirimu sebagai inspirasi semangat buad diriku :)



Older Post | Newer Post
The Webmaster

Mira Salleh


Ada nama yang baik...tapi tak punya sikap seindah nama yang baik...tak pernah berbahagia dengan kenyataan itu...terus belajar dengan kehidupan...ada waktu DIA memberi , maka akan ada waktu diambil-Nya kembali...being thankful for everyone who supports her to be a better person in life...sharing her precious moments and thoughts...her life is greatly colored by family and friends...a blog as a token of appreciation for everyone who lives in her world..

Navigations

Entries About Links

Tagboard



Powered by ShoutJax